Wednesday, July 17, 2013

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


          Tahukah anda, untuk mendapat rezeki  sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka – sangka. Mudahnya menjemput rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami ‘peristiwa mendapat rezeki’ daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya!!Tahukah anda, untuk mendapat rezeki  sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka – sangka. Mudahnya menjemput rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami ‘peristiwa mendapat rezeki’ daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya!!

           Buku ini membawa kita untuk memahami dan meyakini bahawa rezeki itu dijemput bukan dicari seperti yang kita lakukan sekarang. Menjemput itu lebih mudah dari mencari. Selain menjemput rezeki dengan sunnatullah, kita juga boleh menjemput melalui kudratullah. Sunnatullah itu, kita kerja sedikit dapat sedikit, buat banyak dapat banyak. Sebaliknya Kudratullah pula ialah apabila kita bekerja sedikit, hasilnya banyak. Bagaimana mengundang Kudratullah?? Mengundang Kudratullah dengan berbuat banyak kebaikan dan perkara - perkara yang Allah swt suka. Contohnya dengan menjaga solat, puasa, berbuat baik sesama manusia dan berbagai lagi kebaikan yang mengundang kesukaan Allah swt.

           Buku ini membuka minda kita untuk berfikir dan menyedari hakikat nikmat dan rahmat Allah yang terlalu banyak atas muka bumi ini. Rezeki itu bukan sahaja pada harta kekayaan, material, anak, makan dan minum yang kita dapat lihat sahaja, tetapi rezeki itu termasuk cahaya, angin, udara, gunung - ganang dan sebagainya juga adalah rezeki daripada Maha Pencipta.Banyak lagi ilmu yang dikongsi di dalam buku ini. Penulis juga berkongsi 11 cara mengundang rezeki dengan mudah. Sama - sama kita miliki dan hadiahkan pada yang tersayang. Terokai dan fahami cara mudah menjemput rezeki anda sekarang!!!Unutk sedikit maklumat dari penulis sendiri bolehlah sama - sama menonton video ini. http://www.youtube.com/watch?v=cD78b7xAFeASekian, Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment