Semua orang ingin berjaya dalam hidup. Siapakah yang ingin bekerja keras untuk sepanjang hidupnya? Kejayaan tidak datang mengetuk pintu anda. Anda harus bekerja untuk mencapainya. Tetapi kebanyakan orang yang tidak mampu, mereka menyalahkan takdir. Mereka menganggap bahawa itu adalah takdir mereka. Tidak ada apa yang boleh dilakukan. Kami tidak bersetuju. Ini merupakan kunci untuk membantu perjalanan kita ke atas penemuan ini melalui kehidupan. Setiap kepercayaan, iaitu Kristian, Buddha atau islam memberi ajaran yang sama iaitu “Tuhan, Yang maha Kuasa menyuruh kita agar berkasih saying, bahagia dan gembira dalam kehidupan”.
Persoalannya ialah “dimanakah janji-janji kasih sayang, kebahagian dan gembira dalam kehhidupan?” semuanya ada disini, dalam dunia ini, dalam banyak bentuk dan nombor merupakan salah satu daripada kuncinya.
Pythagoras pernah berkata, “Dunia ini terjadi di atas kekuasaan nombor-nombor”. Keseluruhan alam semesta digubah dari corak amtematik, dan semua perkara ini boleh di jelaskan daam nombor-nombor. Dimana ianya berkaitan dengan getaran alam semesta. Nombor-nombor ini menentukan personaliti kita, takdir dan tuah seseorang individu.
Ingat ini:
Kita merupakan seorang Kapten kepada jiwa kita dan kita adalah Kapten untuk semua kapten-kapten lain. Kita memandu dimana kita hendak pergi. Kita memerintah destinasi kita.
Simbolik analisis nombor-nombor (1 hingga 9) kenyataannya telah diajar dalam perjalanan hidup kita untuk berjaya. Sesungguhnya 1 hingga 9 merupakan satu pengalamn kehidupan. Ianya merupakan “PEMBENTUKAN DIRI”.
Sekolah tidak rasmi yang dipanggil KEHIDUPAN ialah satu alat untuk membantu orang ramai untuk memahami diri sendiri dan untuk bergerak dalam kehidupan.
Kita akan memulakan pemikiran-pemikiran sekolah tidak rasmi ini:
1
Semuanya bermula dengan permulaan. Ia harus datang daripada anda. Anda yang mengerakkannya. Inisiatif anda. Sekiranya anda tidak bermula, TIADA apa yang akan berlaku! (Fikiran)
2
Untuk bermula, anda harus berada atau bercakap kepada seseorang atau sesetengah penguasa untuk memastikan ianya berjalan. (Ucapan)
3
Kemudian anda bergerak. Keaktifan anda bermula (Badan)
4
Langkah seterusnya ialah anda haruslah mempunyai pengetahuan atau anda perlu mendapatkan ilmu pengetahuan. Dengan itu, perancangan anda akan dapat dibentangkan.
5
Dengan perancangan dan idea-idea tersebut, anda haruslah mempunyai gerak hati dalam memilih haluan. Anda harus tahu dimana anda hendak tuju.
6
Setelah selesai melengkapkan perjalanan 1 hingga 5, anda akan mempunyai kebijaksanaan. Sekiranya tidak, anda haruslah mencari kebijaksanaan. Kemudian barulah diikuti dengan kekayaan. Sekiranya kekayaan ada ditangan anda, persoalannya ialah:- adakah anda mampu mempertahankannya? Anda harus sentiasa bergerak. Anda bergerak ke nombor 7.
7
Anda memerlukan orang untuk merancang kerja supaya menjadi baik. Anda memerlukan rangkaian.
8
Kemudian anda terus mencari lebih banyak idea untuk mempertahankan matlamat perniagaan anda.
9
Anda perlu menjadi kreatif. Tanpa kreativiti, anda tidak dapat memastikan kesinambungan. Sekiranya semua ini telah dilakukan, KEJAYAAN dalam kehidupan adalah lengkap.
Menarik... kan...?! ;)
No comments:
Post a Comment