Friday, July 26, 2013

ANALISIS SIMBOLIK NUMEROLOGY DALAM PERHUBUNGAN MENGIKUT ELEMEN DIRI

Bagaimana kita membangunkan Analisis Simbolik dan perhubungan elemen-elemen? (Wu Xing)

Berdasarkan penyelidikan yang meluas terhadap individu yang tidak terkira bilangannya pada tahun-tahun yang lepas, kami mampu melihat corak didalam nombor. Kami mula mengkaji dan menganalisis corak-corak ini. Secara semulajadinya, penilaian simbolik kami berkenaan dengan nombor banyak memperkatakan tentang seseorang individu. Sukar dipercayai TETAPI benar!

SATU [1]

Satu dirujuk sebagai permulaan. Satu adalah jumlah kesemua kemungkinan. Ia adalah berasingan dan berkait dengan peraturan kerja keseorangan dan kesunyian. Ia boleh di terjemahkan sebagai ‘1’ yang berdiri keluar daripada kumpulan. Mempunyai sifat kepimpinan. Ia merupakan nombor yang keras disebabkan tidak ada nombor sebelum nombor ‘1’. Sifat yang kuat ini biasanya menarik pengkhianat. Nombor ini adal nombor yang kuat atau ‘solid’. Apakah elemen-elemen yang boleh digambarkan sebagai nombor yang ‘solid’? Apa lagi? Tetapi LOGAM.

DUA [2]

Simboliknya merupakan dua perkara atau dua benda (keduaan). Ia boleh bermaksud seseorang perlu membuat keputsan tentang dau perkara atau benda. Memanmg teragak-agak membuat keputusan. Keraguan timbul. Satu lagi tafsiran adalah, kebiasaannya, kita kan berfikir dahulu sebelum bercakap. Kemudian barulah bercakap. Oleh itu ‘2’ boleh digambarkan sebagai suka bercakap, penceramah yang bagus dan vocal dalam setiap kata-kata. Selain itu, dua pasangan dari berlainan jantina kebiasaannya berkasih sayang dan ‘lembut’ diantara satu sama lain. ‘2’ boleh bermaksud berhati lembut. Apakah yang berlawanan dengan keras atau ‘solid’? AIR.
Seperkara lagi! Apakah jantina manusia kedua di atas dunia ini? Hawa. Pertama ialah Adam. Nombor yang kedua ‘2’ pula menandakan Perempuan.

TIGA [3]

Nombor (3) ialah nombor pertama dimana ia bermaksud “semua” telah diberi. ‘3; ialah symbol Segi Tiga. Ia adalah tiga serangkai, menjadi nombor keseluruhan yang mengandungi permulaan, pertengahan dan penamatan. Ia adalah sejagat dan terdiri daripada tiga bahagian dunia iaitu syurga bumi dan air. Apabila bertukar kepasa manusia, secara tepatnye – badan,roh dan jiwa. Oleh itu, ‘3’biasanya nombor kejiwaan & beragama. Kuasa ‘3’ bergerak kehadapan ke atas tenaga, mengatasi keadaan (duality), pengucapan dan manifestasi. Ia boleh dilihat sebagai agresif. Perhubungan sifat ahgresif ini termasuklaaaaaaaaaah panas baran dan tidak sabar. Apakah elemen yang boleh digambarkan sebagai agresif dan panas baran? Tentulah API.

EMPAT [4]

Adalah simbolik pengukuran. Terdapat empat angina, empat musim dan empat arah. Terdapat empat bahagian dalam segi empat. Empat lengan bersilang. Ada empat suku bumi. Ianya adalah menyeluruh. Ia merupakan nombor asas dan sistem – undang-undang dan arahan. Ia merupakan suatu nombor yang menggambarkan perancangan. Ia juga adalah nombor kepandaian dan kepandaian ini akan bergabung menjadi kebijaksanaan. Nombor kepandaian ini sememangnya diwakili oleh elemen KAYU.

LIMA [5]

Angka ‘5’ sememangnya suatu nombor yang menimbulkan percanggahan yang mengelirukan. namun begitu, dari nombor 0 hingga 9, ‘5’ secara kebetulan berada di tengah-tengah. Memandangkan ia berada di tengah, ia sentiasa berhati-hati serta berwaspada dengan keaadan sekelilingnya. Maka, ‘5’ dijangka sebagai pemberi perlindungan. Namun begitu, dari sudut negative, memandangkan ia berada di tengah-tengah, ia menonjol sebagai persimpangan dalam kehidupan. Ia sibuk mencari masa depan. Maka ia menunjukkan ia suatu nombor yang sibuk dan mempunyai rintangan.

Dalam Wu Xing (buku I-Ching), terdapat 5 elemen dalam susunan iaitu Logam, Kayu, Air, Api dan Tanah. Elemen kelima adalah Tananh. Yang menarik sekali adalah semasa kematian, kita akan kembali ke tanah, kita berasal dari debu dan kita kembali juga sebagai debu. Kerana ini, ‘5’ adalah mengenai cirri-ciri negative manusia. Maka “degil”, “terlalu mengikut perasaan”, “kemarahan” mengelilingi nombor ini. Ia juga boleh menjadi nombor kemusnahan. Tidak dapat dinafikan, TANAH mengawal nombor ini.

ENAM [6]

Ia adalah nombor yang paling produktif dia antara segala nombor. 1+2+3=6. produktiviti selalunya bermaksud perkahwinan. Dan permulaan sesuatu keluarga datang selepas perkahwinan. Nombor ‘6’ adalah berorientasikan keluarga. ‘6’ mewakili kekayaan. “Loke Fook” yang bermakna “6 kebahagiaan” yang sering dicari oleh pepatah masyarakat Cina. Nombor ‘6’ adalah berkaitan dengan ‘1’. Maka ‘6’ juga LOGAM.

TUJUH [7]

Ia adalah bentuk tertinggi bagi kebijaksanaan. Ia merupakan suatu nombor alam semesta. Terdapat 7 generasi manuasia. Terdapat 7 kejaiban purba di dunia. Terdapat 7 sinaran dalam matahari dan seterusnya. Ia juga mempunyai belas kasiahn serta suka membantu. Dengan demikian juga, angka ‘7’ menarik penyokong. Dengan sokongan, seseorang itu amat bertuah. Nombor ‘7’ sememangnya menekankan sokongan dan tuah. Nombor ‘7’ juga berkaitan dengan ‘2’. Maka, ‘7’ adalah AIR. ‘7’ juga melambangkan wanita.

LAPAN [8]

Cara penulisan bagi ‘8’ dilakar seperti “memusing dan melengkung serta memusing”. Ia berkaitan dengan symbol “infiniti”. Ini secara jelas menggambarkan bahawa ‘8’ sentiasa mencari sesuatu. Ia sentiasa mencari sesuatu yang ia sendiri kurang pasti. Ini sememngnya memberi tekanan. Ia sentiasa mencari kemajun besar. Bagaimana perjalanan lakaran sesuatu angka ‘8’, ia kan berakhir di mana ia bermula. Nombor ‘8’ adalah nombor yang bertanggungjawab. Nombor ‘8’ berkaitan dengan ‘3’. Maka ‘8; juaga adalah API. Cirri-ciri ini sepatutnya kepunyaan jantina lelaki. Maka, ‘8’ mewakili bagi lelaki.

SEMBILAN [9]

Sembilan digubah daripada semua kekuatan 3 x 3. ia adalah lengkap. Ia tamat. Ini bermaksud kejayaan. Orang yang berjaya selalunya sukar berpuas hati. Selalunya mereka golongan yang tamak. Maka, ‘9’ yang negatif boleh juga digambarkan sebagai ketamakan. Nombor ‘9’ juga dikaitkan dengan ‘4’. Maka ‘9’ merupakan elemen KAYU. Nombor kejayaan ini menggambarkan sifat kelelakian. Ia juga merupakan nombor seorang lelaki.

No comments:

Post a Comment