Numerologi adalah satu kajian berkaitan dengan nombor dan simbol. Pada asasnya ianya adalah satu kajian tentang misteri yang tersembunyi di sebalik nombor yang boleh memberi maklumat tentang peribadi seseorang, tempat dan sesuatu perkara. Ianya digunakan untuk menentukan sifat seseorang, kekuatan serta kelebihan, dan cabaran yang mesti di lalui. Ianya juga berkaitan dengan keperluan dalaman seseorang, reaksi emosi dan cara seseorang itu berinteraksi dengan orang lain. Kajian yang melibatkan Numerologi telah bermula kira-kira 10,000 tahun yang lampau dan ianya diamalkan di zaman Egypt dan Babylonia.
Di zaman Cina Purba, melalui kajian buku I Ching terdapat satu penemuan yang berkaitan dengan corak nombor dalam setiap tahap Qi. Corak nombor ini boleh menggabungkan keharmonian alam. Teori dan formula kemudiannya dikenalpasti dan di kira. Ini telah menjadi asas kepada cara menilai dan metafsir persekitaran.
Kira-kira 2600 tahun dahulu, di Greece, Pythagoras, “Bapa Matematik” menulis yang nombor meletakkan satu had kepada sesuatu, ianya berkaitan dengan alam sekeliling dan semua konsep boleh di luahkan melalui nombor. Beliau menerangkan tentang kualiti dan hubungan setiap 9 nombor. Beliau adalah bapa kepada Numerologi moden.
DAN BAGAIMANA NUMEROLOGI BERFUNGSI?
Kesemua terdapat di alam semesta bergerak mengikut frekuensi masing-masing. Sekiranya kita dapat tahu tahap pergerakkan dan kelajuan setiap objek di alam semesta, kita boleh mengetahui kualiti dan tenaga yang terdapat di dalamnya. Dengan mempraktikkan prinsip Numerologi dan meggunakan tarikh lahir sebagai data asas, anda boleh menentukan tahap frekuensi bagi setiap orang. Analisis Numerologi tentang pengiraan frekuensi memberi maklumat tentang sifat dan kelakuan seseorang. Hubungi kami untuk ketahui maklumat lanjut tentang ilmu ini dengan lebih mendalam.
No comments:
Post a Comment