20 – 23 JUN 2011, DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR
Dengan Kerjasama SPP SDN BHD, E Source
Training & Consultancy telah berjaya melaksanakan program 3 hari 2 malam
untuk para guru prinsip akaun MRSM seluruh malaysia. Dengan membawa modul CELIK
DIRI CELIK DUIT, kursus pemantapan ini bukan sahaja membuka mata dan minda guru
– guru prinsip akaun ini tentang ilmu kewangan sebenar di sebalik pelajaran
prinsip akaun yang diajar di sekolah tetapi
juga mendedahkan mereka tentang ilmu numerology di mana dengan ilmu ini guru –
guru dapat lebih mengenali dan memahami para pelajar yang pelbagai watak dan
karenah. Melalui ilmu numerologi ini juga kita dapat mengetahui potensi –
potensi setiap individu terhadap wang dan bagaimana kita mampu menjadi magnet wang. Ilmu
ini dapat diaplikasikan ke dalam pengurusan kewangan seharian samaada semasa
pembelajaran di sekolah ataupun di dunia realiti. Diharap ianya dapat
dipraktikan dan dikongsi bersama para pelajar supaya mampu menguruskan dan
merancang kewangan dari tangga sekolah biarpun masih lagi menerima biasiswa
dari ibu bapa.
![]() |
Celik Duit - Pelajari bagaimana mengurus wang sebenar dan keluar dari "rat race" di dunia realiti melalui permainan ini. |
![]() |
Aplikasi pengurusan akaun dalam Cashflow |
No comments:
Post a Comment