Monday, October 21, 2013

TRAINING OF TRAINERS_ MPKJ

14-16 Mei 2013 , Kem Perah FRIM:-

Bertempat di Kem Perah FRIM, MPKJ dengan sepenuh kepercayaan meyerahkan tugas melatih bakal – bakal jurulatih pasukan mereka kepada E Source Training & Consultancy. Program yang berjalan selama tiga hari dua malam ini bermula pada 14 Mei 2013 dengan berlangsungnya penyerahan watikah kepada E Source sebagai simbolik penyerahan pegawai – pegawai MPKJ kepada pihak kami oleh Ketua Unit Pembangunan Sumber Manusia mereka untuk melatih pegawai – pegawai yang dipilih menjadi jurulatih pasukan MPKJ yang bakal memimpin pegawai – pegawai baru kelak.
E Source melalui pengalaman yang ada sedaya – upaya berusaha untuk menyediakan keperluan, persediaan dan pemantapan dalaman dan luaran kepada bakal – bakal jurulatih ini agar bersedia untuk memimpin dan membimbing rakan – rakan yang lain.
Alhamdulillah, perjalanan program yang dipenuhi dengan pelbagai akktiviti siang dan malam telah berakhir dengan jayanya. Kepada semua trainers MPKJ, diharap segala ilmu yang dikongsikan bermanfaat. Sehingga berjumpa lagi.














KURSUS AURA TERAPI _TAHAP 1

12 MEI 2013, E SOURCE TRAINING CENTRE, AMPANG :-  

Pihak E Source telah menganjurkan Kursus Aura Terapi – 1, yang mana kami menjemput khas Sifu – sifu dari Pusat Latihan Menjaro untuk berkongsi ilmu mereka kepada para peserta yang terdiri dari Jurulatih dan pembantu – pembantu Jurulatih Esource sendiri. Ini adalah untuk pemantapan ilmu Pihak E Source yang akan digunakan dan dikongsi bersama peserta – peserta kursus kami nanti. Pelbagai teknik pernafasan, penguasaan tenaga dalaman, Pemahaman tentang aura, aplikasi tenaga dalam terapi dan perubatan dan banyak lagi ilmu yang dikongsi untuk manfaat bersama. InsyaAllah.  Terima Kasih kepada sifu – sifu kami atas segala ilmu yang diberi semoga ilmu tersebut yang pastinya bermanfaat dapat membantu ramai insan – insan yang memerlukan dan dahagakan ilmu di luar sana. 

Memahami dan Mendalami Teknik Pernafasan Sebenar


Merasa Kebocoran Tenaga

Belajar melihat kehadiran aura dan warna aura sesuatu/ seseorang



Thursday, October 10, 2013

MENGENAL POTENSI DIRI MENERUSI TENAGA MINDA - JABATAN PERDANA MENTERI

29 NOV 2012, JABATAN PERDANA MENTERI :-
Bengkel Mengenali Potensi Diri Menerusi Tenaga Minda adalah bengkel yang menggabungkan pengetahuan Numerology dan Penguasaan tenaga minda iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Kali ini pihak E Source membawa pendekatan bagaimana kita mampu mengolah tenaga positi dan positif yang wujud dalam diri kita melalui penguasaan minda separa sedar yang mana kekuatan minda separa sedar ini adalah 90% berbanding kekuatan minda sedar yang hanya mempunyai kekuatan 10% sahaja. Setelah mempelajari dan memahami ilmu Numerology secara dasar serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan tenaga diri masing – masing, E Source menekankan bagaimana sekalipun kita dilahirkan dengan tenaga – tenaga yang telah ditetapka/ ditakdirkan dalam diri kita sejak lahir, kita mampu mengubahnya. Kerana takdir itu ada yang tetap dan ada yang boleh diubah. Takdir yang tetap (Mubram) tidak boleh diubah seperti Keturunan dan bangsa. Contohnya jika kita dilahirkan sebagai Melayu, maka Melayulah kita sampai mati. Manakala takdir yang boleh diubah itu (Muallaq) ialah kejayaan, kekayaan, kebahagiaan dan sebagainya. Sebagai contoh, jika kita dilahirkan dalam keluarga yang susah, takdir itu boleh diubah dengan usaha untuk menjadikan kita kaya. Begitu juga kejayaan, jika kita gagal kita takkan gagal selamanya kerana kegagalan itu boleh diusahakan menjadi kejayaan.  Bagaimana kekuatan minda separa sedar kita bertindak untuk mengubah takdir diri kita? Bagaimana dengan menguasai dan kemampuan mengawal tenaga minda kita dapat membantu dalam kehidupan seharian kita? Yang tu kena tanya peserta yang mengikuti bengkel ni yang rata – ratanya memberi maklum balas tentang kesuntukan masa. Nampaknya JPM perlu anjurkan kursus seperti ini dalam jangka masa yang lebih lama kerana terlalu banyak ilmu yang ingin dikongsi.






Kenalpasti aura diri

Rasakan tenaga sekeliling yang mempengaruhi emosi, pemikiran dan hati, dan bagaimana harus kita mengawalnya.


Setiap sesi/ program takkan selesai tanpa sesi tak formal di akhir program. 

CELIK DIRI CELIK DUIT - INSTITUT LATIHAN KECEMERLANGAN MARA

20 – 23 JUN 2011, DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR

Dengan Kerjasama SPP SDN BHD, E Source Training & Consultancy telah berjaya melaksanakan program 3 hari 2 malam untuk para guru prinsip akaun MRSM seluruh malaysia. Dengan membawa modul CELIK DIRI CELIK DUIT, kursus pemantapan ini bukan sahaja membuka mata dan minda guru – guru prinsip akaun ini tentang ilmu kewangan sebenar di sebalik pelajaran prinsip akaun yang diajar di sekolah  tetapi juga mendedahkan mereka tentang ilmu numerology di mana dengan ilmu ini guru – guru dapat lebih mengenali dan memahami para pelajar yang pelbagai watak dan karenah. Melalui ilmu numerologi ini juga kita dapat mengetahui potensi – potensi setiap individu terhadap wang dan  bagaimana kita mampu menjadi magnet wang. Ilmu ini dapat diaplikasikan ke dalam pengurusan kewangan seharian samaada semasa pembelajaran di sekolah ataupun di dunia realiti. Diharap ianya dapat dipraktikan dan dikongsi bersama para pelajar supaya mampu menguruskan dan merancang kewangan dari tangga sekolah biarpun masih lagi menerima biasiswa dari ibu bapa.



Celik Duit - Pelajari bagaimana mengurus wang sebenar dan keluar dari "rat race" di dunia realiti melalui permainan ini.

Aplikasi pengurusan akaun dalam Cashflow

BENGKEL URUS DIRI UNDANG REZEKI - JOM TRAINING CENTRE PUCHONG



11 Mei 2013, Jom Training Centre Puchong :- Melalui  usahasama dengan  penulis buku “Membongkar Rahsia di Sebalik Nombor” iaitu En. Rozani bin Din, pihak E Source telah berjaya menjalankan  Program Lanjutan (Advance) untuk team beliau dengan cemerlangnya. Untuk Program Lanjutan ini penekanan diberi lebih kepada pemahaman dalaman, bukan sekadar membaca maksud – maksud tersurat di sebalik nombor dan tarikh lahir sepertimana yang diajar oleh sifu rozani dalam sesi terdahulu.Konsep– konsep kehidupan seperti sabar, ikhlas, redho, dan sebagainya diberi penekanan bagaimana kita boleh dan perlu mengaplikasikannya dalam menangani cabaran dan latihan yang dilalui sepanjang perjalanan hidup ini sebagai pemilik tarikh lahir yang telahpun dilahirkan bersama sukma baik dan sukma buruk masing – masing.  Dalam bengkel ini juga,  pihak E Source dengan ilmu yang kami ada, turut berkongsi dengan peserta tentang penguasaan tenaga dalaman dan tenaga sekeliling, bagaimana tenaga – tenaga ini dapat digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian untuk kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan diri sendiri, keluarga, dan insan – insan sekeliling. Terlalu banyak ilmu yang hendak dikongsi oleh penceramah,  apatah lagi dengan peserta yang sentiasa bersemangat dan teruja dengan ilmu – ilmu yang disampaikan. Diharap dengan masa yang terhad ini, menyumbang kepada impak yang besar buat semua demi kebahagiaan bersama dunia dan akhirat.


Latihan untuk merasa tenaga sekeliling oleh peserta

Trainer mengenalpasti 'energy blocking' di bahagian kepala peserta yang menyebabkan migrain dan masalah insomnia.

Kenalpasti dan fahami maksud di sebalik kombinasi 3 nombor.

Sunday, October 6, 2013

BENGKEL KENDIRI UNGGUL DAN PEMANTAPAN SAHSIAH - IPD SHAH ALAM

24 SEPT 2013 , IPD SHAH ALAM SELANGOR :-

Alhamdulillah bengkel ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan oleh anggota PDRM IPD SHAH ALAM. Pihak E Source amat berbesar hati dengan sambutan dan penghormatan yang diberikan. Semoga segala ilmu yang dikongsi bersama dapat membantu pasukan ini berkhidmat dengan lebih bersemangat dan cemerlang.